dear all readers
Tadi saya berjalan-jalan kat Hiap Lee Supermarket
menemani kawan membeli belah
tetiba saya terserempak dengan seorang lelaki..
wajahnya banyak bertindik
ada satu..dua..tiga..dan lebih
di kening..hidung..bibir dan.telinga
lengan dan kakinya juga bertattu
saya jadi gerun..
kawan saya berkata..
'Kasihan kan bila kita nampak orang macam tu.sangat kesian kat dia.'
otak saya ligat berfikir...
menimbang balik makna disebalik kata-kata itu..
KASIHAN???
ya mungkin ada benarnya..
kasihan kat dia kerana menyakiti dirinya sendiri
dengan tattu dan tindikan
sapa kata tidak sakit???
nak buat tu memang sakit..
dan yang lebih kesiannya
dia terang-terangan melakukan dosa
ya dosa..
Hukum bertattu adalah haram
baik lelaki mahupun wanita..
bertindik pula?
ia adalah merupakan perhiasan bagi seorang wanita..
dan bila mana seorang lelaki bertindik maka dia
mulai menyerupai wanita....
juga adalah dilarang
melakukan dosa adalah satu kesakitan..
sakit di dunia dan sakit di akhirat..
saya mula berfikir..
kadang-kadang apabila melihat situasi seperti itu
kita memandang dengan 1001 pengertian
pandangan serong..
meluat..
rasa jijik
menyampah
dan bermacam-macam lagi pandangan negatif yang lain..
tapi...
kita tidak akan pernah tahu..
mungkin zahirnya dia begitu tapi
siapa tahu disebalik semua itu.. dia pernah melakukan kebaikkan yang belum pernah kita lakukan..
kadang-kadang juga
kita akan bertemu dengan seseorang yang baik akhlaknya..
mulia penampilannya..
warak pakaiannya..
tapi siapa tahu disebalik semua itu??
dia melakukan kejahatan-kejahatan meliputi
dosa-dosa besar yang tersembunyi..
'Dont Judge Book By Its Cover'
jangan menilai sesuatu itu daripada luaran..
benarkah??
tidak semua orang yang kita lihat baik itu baik..
tapi semestinya orang yang baik itu akan tetap kelihatan baik
saya takut
andai mata ini tersilap perhitungan..
tersalah pengertian
akan pandangan yang boleh menimbulkan
rasa angkuh dalam jiwa..
rasa riak dalam diri
rasa sombong dalam hati..
saya pernah terbaca ayat nie...
'seandainya dosa itu berbau..nescaya saya tidak berani untuk keluar dari rumah
kerana takut bau dosa saya akan di hidu oleh orang lain'
Sesaat wajah tertunduk
rasa malu mencengkam jiwa..
siapa aku untuk menilai???
andai dalam diri terlalu naif
No comments:
Post a Comment