Monday, July 30, 2012

Lelaki Yang Baik :)

saya terjumpa ayat ni masa melawat blog kawan2..dan saya rasa nak kongsikn ayat ini pada orang yang sudi membacanya :)

“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”


“Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia,”


lelaki yang baik ialah mereka yang berusaha menjaga dirinya..hatinya..bicaranya.. tingkah lakunya.. dan yang terbaik itu ialah mereka yang bertanggungjawab... dan mereka yang sentiasa merindukan malam untuk mengingatkan diri bagaimana sepinya di alam kubur.. dan sentiasa merindui untuk bertahajud kepada Allah yang Esa :)

2 comments: