Monday, July 2, 2012

KiSaH 'Dia IstERiku"




Seumur hidup aku memang tak pernah bercinta. Dikejar gadis-gadis kerana cinta memang seringkali..tapi kadangkala itu adalah satu kepuasan dan keseronokan..dengan wajah selamba dan satu senyuman sudah mampu membuat mereka gila bayang…gila betul….hehehe…tapi untuk jatuh cinta kepada mereka itu tidak mungkin..kerana….cinta ini hanya layak untuk dia isteriku. Meskipun aku belum tahu siapakah dia..tapi aku harus akur dengan keputusan ayah untuk mengahwini dia.
‘Izal..ayah tahu izal tak pernah menghampakan ayah..kerana itu, ibu juga sangat bangga dengan izal..ayah telah berjanji dengan sesorang untuk mengahwinkan Izal dengan Syifa anak sahabat ayah’
Ya Allah…tercetus kalimat itu dari bibirku. Meskipun hatiku kaget dan sedikit terguris dengan permintaan itu tapi aku masih mampu memberikan ayah sebuah senyuman manis..
‘siapa dia ayah?’ ayah beralih duduk disampingku sambil mengalihkan  tangannya dibahuku.
‘dia anak kawan ayah dan ibu. Namanya Syifa. Dia lahir pada hari yang sama dengan kelahiran Izal. Ia berlaku 20 tahun yang lalu di sebuah hospital. Ayah dan ibu telah mementerai perjanjian itu sehari sebelum ibu sarat bertarung nyawa melahirkan Izal.’
Ayah menghulurkan sekeping sampul kepadaku, lantas aku membuka perlahan-lahan. Bergetar sedikit tangan ini  mengeluarkan sesuatu..sekeping surat perjanjian dan sekeping gambar dua bayi comel. Aku tersenyum..
‘ni gambar Izal ke ayah? Kenapa paling comel?’ aku tertawa..
Aku mengenggam erat tangan ayah.
‘ayah Izal janji Izal tak akan menghampakan ayah. Apa pun alasan untuk perkahwinan ini, Izal tak nak tahu ayah kerana Izal nak ikhlaskan perkahwinan ini…so..ayah jangan risau ya…’ ku kucup mesra tangan ayah.. aku bahagia melihat dia tersenyum.
‘terima kasih nak..ayah bangga dengan Izal..kalau ibu masih hidup dia juga pasti berbangga dengan Izal…ayah akan menguruskan segala majlis perkahwinan ini..meskipun Izal masih belajar tapi perkahwinan ini terpaksa dijalankan dalam bulan ini izal’ aku terlopong…
‘apa ayah???’
‘iya Izal….ayah juga telah belikan sebuah rumah untuk Izal tinggal selepas berkahwin nanti… oh ya..kereta Izal sekarang Izal bagi dengan Syifa ya sebab ayah dah belikan Izal kereta baru…by the way..ayah tahu Izal masih belajar.. kerana itu perkahwinan ini hanya untuk pengetahuan keluarga terdekat saja’
Huh! Aku melepaskan nafas lega..nampaknya ayah jauh lebih bijak mengatur semuanya..iya la aku masih berumur 20 tahun dan terlalu awal untuk berkahwin. Dan untuk dia isteriku semoga engkau memberi  ruang untuk aku mencintaimu..
******************************************************************************
Majlis perkahwinan itu semakin dekat…perpindahan pengajian juga telah diuruskan dengan penuh sempurna oleh papanya. Minggu hadapan dia akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Izal Mukhriz. Semua ini adalah perjanjian yang perlu ditunaikan. Maafkan aku Aril, andai saja aku tahu akan perjanjian ini lebih awal aku tidak akan pernah mengizinkan hati aku dimiliki oleh mu…demi mama dan papa aku turuti permintaan ini meskipun hati aku tinggal kosong. Aku sepi tanpa kamu. Aku harap kamu akan mengerti.
Syifa mengesat air matanya. Dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini. dia melangkah menghampiri almarinya dan mengeluarkan semua barang-barang pemberian Aril serta semuanya berkenaan dengan lelaki itu. Mengimbas kenangan yang pernah tercipta antara mereka.
‘Fa..kamu janji ya akan menjaga cinta dan kepercayaan yang telah aku berikan..mama dan abah juga sudah merestui hubungan kita.. setelah kamu habis belajar aku akan melamar kamu menjadi isteriku fa..’ semakin deras air matanya mengalir. Dengan tangan yang terketar-ketar dia mendail nombor telefon Aril.
‘Assallammualaikum….Syifaaaaaaaaa….’ mesra suara itu di hujung talian. Syifa tidak mampu mengawal esakkannya.
‘waalaikumussalam..Ril..’ Aril hairan kenapa suara itu semakin sayu
‘fa..napa ni?’
‘Aril…kita putus..’
‘apa!!!!!!’ cawan di tangannya terlepas lalu pecah berderai.
‘fa..please…kita da janjikan..kenapa fa? Fa da boyfriend lain? Fa…Aril tak kisah fa mau couple sama sesiapa sahaja selain Aril tapi tolong jangan akhiri hubungan kita begini fa…’  Aril bangun dari tempat duduknya dan melangkah perlahan tanpa menyedari kakinya terpijak serpihan kaca. Sakit..memang sakit tapi hatinya lagi sakit kini kesakitan yang tidak mampu di ungkapkan.
‘maafkan aku Aril…aku sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan sama kamu..dan aku minta kamu jangan pernah mendekati atau mencari aku lagi..’
Kalimat yang terlalu sakit untuk aku lepaskan akhirnya terungkap juga. Syifa memutuskan talian dia terduduk di lantai hatinya merintih sangat sakit..aku mencintai lelaki itu ya Allah tapi aku pasrah andainya dia tidak mampu untuk aku miliki.
Syifa memasukkan kesemua barang yang berkaitan dengan Aril di dalam sebuah kotak sambil meletakkan sekeping kertas coretan terakhirnya untuk lelaki itu.
Aku menyakiti dan melukai kamu
Aku menghancurkan semua harapan dan impian kita..
Aku tidak tahu bilakah cintaku padamu ini akan hilang
Kamu lelaki pertama dan terakhir yang aku cintai Aril…
 Syifa mengesat air matanya..aku tidak mahu menangis lagi.. aku akan bergelar seorang isteri…maafkan aku bakal suamiku kerana aku tidak mampu untuk mencintai kamu…
Kotak itu diletakkan di dalam stor. Dan untuk selamanya dia tidak akan menyentuh kotak itu lagi. Aril maafkan aku. Percayalah meskipun aku bukan milikmu lagi tapi cinta ini tetap aku simpan khusus untukmu khairil….
******************************************************************************
Hari pernikahan itu tiba juga. Bagaimana agaknya wajah isteriku ya? Arh…siapa pun dia aku sudah menyimpan satu tempat yang istimewa di hati ini untuknya.
‘aku terima nikahnya Marhainie Syifa Binti Ahmad Shah dengan mas kahwin Sebentuk Cincin, senaskah Al-Quran dan alatan solat’ penuh lancar dan yakin aku menyambut lafaz tok kadi.
‘sah sah’
Alhamdulillah.. ya Allah aku kini bergelar seorang suami. Beri aku kekuatan untuk memikul tanggungjawab ini. Ayah  memimpin tangan aku untuk masuk ke bilik dimana isteriku berada.
Wajah itu masih tertunduk memandang lantai. Izal menyarungkan cincin pernikahan itu di jari Syifa. Sejuk benar jemari itu, tangannya dikucup mesra dan Izal mendongakkan wajah Syifa untuk memandang tepat ke wajahnya. Ya Allah…. Tidak berkelip mata Izal menatap wajah itu. Seumur hidup inilah wajah gadis pertama yang membuatkan hatinya setenang salju. Dia mengucup dahi Syifa.
‘Isteriku…kenapa kamu paling comel??’ Izal membisikkan kalimah itu di telinga Syifa..sambil mengenyitkan matanya.
Merah padam wajah Syifa. Saat itu macam nak cubit-cubit je mulut itu. Dia mengeluh. Bersediakah dia untuk menjadi Isteri kepada lelaki itu? Ermmm belum cuba belum tahu.
Setelah majlis perkahwinan itu selesai Izal dan Syifa mula bergerak pulang ke rumah baru mereka. Ini adalah perjalanan baru kehidupan mereka. Melangkah memasuki rumah baru itu, membuatkan hati Syifa berdebar-debar..bagaimana dengan kehidupan yang akan aku jalani ini ya Allah….
‘Syifa..boleh kita berbual-bual kejap?’ Syifa berhenti melangkah lalu dia duduk di sofa berhadapan dengan suaminya. Syifa tersenyum sambil mengangguk.
Izal mematah-matahkan jarinya untuk menghilangkan gemuruh dihati.
‘ermm oleh sebab kita baru menjadi suami isteri..so pendapat Syifa macamana?’
Syifa merenung tepat ke wajah suaminya Izal Mukhriz. Tidak dinafikan suaminya ini jauh lebih sempurna dan memiliki seraut wajah yang tampan. Tapi untuk hidup bersama lelaki ini dia memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri.
‘sebenarnya perkahwinan kita terlalu awal. Kita pun baru kenal pagi tadi. Izal saya memerlukan ruang untuk diri saya sendiri’ Izal mengerutkan dahinya
‘maksud Syifa apa?’
‘ermm macamana kalau kita menjalani kehidupan seperti biasa, tinggal di bilik berasingan dan di kolej kita buat tak kenal. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri yang sempurna untuk awak’
Ya Allah bergetar hati Izal terguris dengan kata-kata ini. mana mungkin dia boleh melakukan semua itu. Hati ini telah terbuka luas untukmu Syifa. Kita suami isteri Syifa. Bisiknya.. tapi tak mampu terucap.
‘wow permintaan yang mantap..lagi?’ Izal mengenyitkan mata sambil tersenyum kambing menyembunyikan resah di jiwanya.
‘saya nak awak jangan masuk campur dengan kehidupan saya dan saya nak seorang pembantu rumah coz saya nak focus study dari menguruskan rumah’ Syifa tersenyum. Nampaknya suamiku bertolak ansur. Bisiknya.
Izal bangun dan berjalan mundar-mandir. Dia berhenti dan memandang tepat ke wajah Syifa. Isteriku memiliki satu raut wajah yang sempurna namun memiliki hati yang sedikit keras untukku bentuk.
‘terima kasih atas pendapat awak tapi oleh sebab saya suami saya yang akan menentukan semua peraturan di rumah ini.’ izal menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Syifa.
Syifa mencebik
‘pertama sekali saya akan terangkan pada awak mengenai rumah ni. Bilik pertama adalah bilik solat, disana kita boleh solat berjemaah, mengaji tiap malam dan disana juga terdapat buku-buku agama jika awak memerlukan. Bilik kedua adalah bilik study awak. Oleh sebab kita masih belajar jadi saya menyediakan satu ruang yang selesa untuk awak. Bilik ketiga ialah bilik study saya, disana semuanya keperluan saya. Bilik keempat ialah bilik perpustakaan saya. Oleh sebab saya suka buku so saya ada banyak koleksi buku. Jika nak membaca dialu-alukan. Then bilik kelima ialah bilik kita. Awak isteri saya so awak kena tinggal di bilik yang sama dengan saya’
Syifa terlopong. Tinggal satu bilik? Oh dasyatnya..TIDAK  bentaknya di dalam hati. Izal tersenyum dan menyambung.
‘tadi awak minta seorang pembantu kan? Ermm oleh sebab ini rumah kita jadi saya membuat keputusan bahawa saya tak nak orang lain berada di rumah ni melainkan awak dengan saya. Berkenaan dengan kolej, kereta Toyota Vigo berwarna hitam adalah kepunyaan awak untuk awak gunakan dan kereta yang satu lagi saya punya. Ada yang kurang?’
Syifa memandang Izal dengan muka 10 sen
‘awak macamanan kalau saya mengandung. Kita kan masih belajar?’ bingung Syifa memikirkan tentang itu, apatah lagi  dia akan tinggal sebilik dengan lelaki itu sudah tentu semua kemungkinan itu akan berlaku. Izal ketawa lantas merona merah wajah Syifa menahan malu. Dia mengetap bibirnya menerima apa saja kata suaminya dengan redha.
Izal mengenggam tangan Syifa.
‘awak da bersedia?’ dia mendekatkan bibirnya di cuping telinga Syifa. Debaran di hati Syifa semakin kuat.
‘awak jangan macam-macam tau!.........’
Izal semakin serius
‘saya suami awak fa..jom..’ izal tersenyum sambil mengenyitkan matanya..dia memimpin tangan Syifa untuk melangkah ke bilik tidur mereka.
Syifa mengetap bibirnya. Gemuruh dihati semakin terasa.
Izal memulas tombol pintu. Sambil tersenyum penuh makna.
‘selamat datang ke asrama suami isteri’ ucap Izal beriringan dengan pintu bilik terkuak
Syifa terpaku. Sangat jauh dari apa yang dia fikirkan. Dia tersenyum malu sendiri. Bilik luas itu terhias kemas. Dua buah katil king size  berwarna purple dan berwarna hijau bersebelahan dengan di pisahkan dengan sebuah meja kecil yang diatasnya terdapat lampu tidur berwarna keemasan. Di sudut tepi kanan terdapat dua buah almari pakaian  serta dua buah almari solek. Di sebelah kiri pula terdapat ruang santai yang menghadap satu dinding berkaca jernih. Langsir menghalang mata syifa untuk melihat dengan lebih jelas mengenai pemandangan diluar. Pada sebelah kanan terdapat satu pintu yang cukup tersorok. Itu adalah pintu bilik mandi mereka. Dan ternyata bilik itu cukup menyelesakan dengan gabungan warna ungu dan hijau muda sangat serasi dengan jiwanya. Opss..lupa bukan bilik tapi asrama suami isteri…syifa tersenyum berkhayal seketika tanpa menyedari Izal leka memerhatikan tindak tanduknya.
‘isteriku….’ Kejut Izal seraya memetik jarinya Syifa sedikit terkejut. Arh…dia nie ada saja gertunya.
Syifa melangkah masuk ke dalam kamar mereka. Menghampiri katil berwarna ungu. Tak pernah dia menyangka bahawa Izal kenal benar dengan warna kegemarannya itu. Dia menyentuh perlahan tiang katil yang cantik dengan langsir yang mengelilingi tiap penjuru katil berwarna putih terikat kemas..rasanya bagai bermimpi dia akan tidur di katil itu.
‘fa..itu katil saya..dan katil awak berwarna hijau’ izal menahan tawanya.
Syifa memandang tepat ke wajah Izal. Sedikit geram
‘awak..please laa ni warna kegemaran saya tau. Tak nak..saya nak juga katil ni’ rungut Syifa
Izal tersenyum.
‘syifa isteriku..saya suami awak..jadi nak tak nak awak kena ikut kata saya sayang.. katil ni katil saya yer’..
Syifa cepat-cepat melabuhkan dirinya dikatil ungu itu. Tak mahu kalah sedikit pun dengan Izal.
Tapi izal lagi pantas mengendong tubuh syifa, syifa meronta-ronta namun saat wajah mereka bertatapan dekat syifa kaku. Izal tersenyum lantas membaringkan tubuh syifa perlahan-lahan di atas katil hijau. Izal mendekatkan lagi wajahnya terus mengucup dahi syifa
‘selamat malam sayang’ bisiknya sambil tersenyum.
Izal terus membuka ikatan langsir katil itu dan membiarkan syifa termanggu di dalam nya. Sementara syifa masih lagi terpana. Dia memejamkan matanya.
‘ya Allah terima kasih kerana menganugerahkan suami ini untukku’ bergenang air mata di pipinya dengan penuh rasa kesyukuran.
******************************************************************************
Deringan alarm telefon Syifa menunjukkan jam tepat di angka 8.00am. Aduh!...keluh SYifa. Macamana boleh terlajak tidur nie.. dia pantas berlari ke ruang dapur untuk menyediakan sarapan pagi kerana pagi ini mereka akan ada kuliah pada jam 10.00 pagi.  Opss dia terkaku lagi apabila terpandang hidangan di atas meja. Nasi goreng berbentuk love terhias di atas pinggan dengan hiasan ayam goreng, tomato dan hirisan daun ketumbar. Di sebelah kiri pinggan terdapat sekuntum bunga rose berwarna purple dan sekuntum rose berwarna hijau di tepi pinggan yang satu lagi. Hampir menitis air mata Syifa. Dia mencari-cari kalibat suaminya tapi tidak kelihatan. Dia terus mencari ke ruang study dan perpustakaan Izal namun tidak juga kelihatan. Aiks  tak kan dah jalan bisiknya lantas membuka tombol pintu bilik solat mereka. Saat itu suaminya sedang menunaikan solat sunat duha.
Ya Allah…   hati Syifa tersentuh lagi. Dia mengesat air matanya lantas menutup pintu itu perlahan-lahan. Dia menuju ke bilik tidur mereka, mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Dia ingin menikmati sarapan pagi bersama suaminya.
Dengan mengenakan jubah berwarna hijau gelap dan tudung labuh  berwarna putih, Syifa melangkah menghampiri suaminya yang duduk di Sofa di ruang tamu mereka.
‘assallammualaikum.. bisiknya dari belakang Izal
Izal mendongak sambil menjawab salam isterinya. Saat terpandang penampilan Syifa, Izal jadi terpana. Tidak pernah menyangka dan terlintas di fikiran akan penampilan isterinya ini. bergenang jernihan air di kelopak matanya. Terasa ingin sujud syukur sangat-sangat atas anugerah Allah kepadanya.
Izal senyum memandang Syifa, dia menarik lembut tangan Isterinya.
‘jom kita sarapan’ ucap Izal. Sementara Syifa tersenyum  dan mengangguk. Mereka beriringan bersama menuju ke ruang meja makan. Syifa sudah sedia maklum dengan perasaan suaminya lantas memilih rose berwarna hijau dan duduk di sana. Dengan lafaz kalimah yang Agung mereka menikmati rezeki itu dengan penuh rasa kesyukuran.

to be Continue :)


No comments:

Post a Comment