Tatkala
datang seorang lelaki dan bertanyakan:
Lelaki : awak agak-agak berapa erk hantaran yang mak bapa awak minta?
Gadis : ermm 20K
Lelaki : (dengan wajah bengis, mata terbeliak dan wajah berona merah.
~tengah marah la tu) apa mak bapa awak
da gila? Ini kes jual anak ke apa? pesan je kat mak bapa awak tu supaya
kawenkan awak dengan anak menteri.
Lelaki
itu terus berlalu.
Gadis
tadi lantas mengukir sebuah senyuman.
Hari
berikutnya dia di soal lagi berkaitan dengan hantaran..jawapan yang sama telah diberikan..antara
reaksi dan tindakbalas yang diterima ialah:
Lelaki
1 : (dengan suara yang lantang) famly u tu cekik darah tul la… ni la
ni kalau terlalu ikutkan adat..menyusahkan kaum lelaki..apa ko ingat pas kawen
nanti aku dok fikir nak bayar hutang jer????
Lelaki
2 : mahalnya.. ni nak kawen
ke nak buat majlis konvokesyen??(nada sinis)
Lelaki
3 : patutnya famly u kena la faham tidak semua lelaki itu
berkemampuan!!!
Lelaki
4 : u kena tahu..nak kawen nie biarlah bersederhana..buat apa nak
buat besar-besaran sampai nak kena tempah canopy 10 buah…membaziiiiirrr jer..(sambil
mencebik)
Lelaki
5 : awak x reti ke nak pujuk mak u supaya bg diskaun lg 50%
Lelaki
6 : saya xmampu kalau sejumlah itu famly awak nak.. kalau berpeluang
jumpa mak awak sya akan kata pada dia ‘ mak cik kawin kan je anak mak cik kat
orang lain sya x sudi !!!!’
Lelaki
7 : awak sama je ngan parents u MENYUSAHKAN ORANG !!!!!!
Gadis
itu tersenyum lagi… hanya kerana ‘20K’ dia menerima bermacam-macam lontaran
bicara yang mengugat kesabaran….. bukan ini suami yang di damba.. suka
melenting… tidak mampu mengawal emosi… meninggikan suara… bermasam muka… aduhai
lelaki…
ã
34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan
An-Nissa
:34
Pernikahan
itu merupakan satu ibadah… dan kata teman ibadah itu beroleh pahala..dan pahala
itu membawa ke syurga… andai kata kamu tidak berkemampuan..kawallah
dirimu..redakan api kemarahanmu..jangan terbawa emosi.. untuk memiliki sesuatu
tidak semudah yang dibayangkan..perlu kesabaran, usaha, penuh pengharapan dan
tawakal kepada Allah… 20K hanyalah satu syarat untuk si gadis menilai ‘seperti
apakah bakal kekasih halalku?’…
33. dan orang-orang Yang tidak mempunyai
kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah
memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;
An-Nuur
:33
Untuk
bakal suamiku..akan kah kau menikahiku??? Cukuplah dengan sifat taqwa…. Rendah
diri.. penyantun yang ada dalam dirimu…serta
rasa takutmu kepada Allah… menjadi penyubur cinta dalam hatiku..
No comments:
Post a Comment